Dilaporkan Hilang Di UAE, Jutawan Kripto & Isteri Ditemui Dik*rat, Tertanam Dalam Padang Pasir

WorldPolitics
11 Nov 2025 • 10:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mayat jutawan kripto Rusia, Roman Novak, dan isterinya, Anna, ditemui dalam keadaan dikerat dan ditanam di padang pasir berhampiran Dubai, kira-kira sebulan selepas pasangan itu dilaporkan hilang di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mereka dilaporkan hilang pada awal Oktober selepas beberapa hari tidak dapat dihubungi. Pasangan berkenaan terakhir dilihat menuju ke sebuah tasik berdekatan resort pergunungan Hatta untuk bertemu seorang ‘pelabur tidak dikenali’.

Menurut Svetlana Petrenko dari Jawatankuasa Siasatan Rusia, siasatan mendapati pembunuh disokong oleh individu lain yang membantu merancang penculikan itu.

“Mereka menyewa kenderaan dan premis untuk menahan mangsa secara paksa. Selepas pembunuhan, suspek membuang senjata dan barangan peribadi mangsa di beberapa kawasan di Emiriah Arab Bersatu,” katanya.

Kesemua suspek yang ditahan  semuanya warga Rusia dan dijangka diekstradisi ke Saint Petersburg.

 

View this post on Instagram

 

Siasatan turut mengesan telefon bimbit pasangan tersebut di Hatta dan Oman beberapa hari selepas mereka hilang, sebelum lokasinya berpindah ke Cape Town, Afrika Selatan, sehingga isyarat terputus sepenuhnya pada 4 Oktober lalu.

Difahamkan, bapa dan ibu tiri Anna telah berangkat ke Dubai untuk menjaga anak pasangan itu yang masih di bawah umur.

Roman dan Anna sebelum ini dikenali kerana sering berkongsi gaya hidup mewah di media sosial, termasuk kereta berprestij, jet peribadi serta hubungan dengan individu terkenal seperti pengasas Telegram, Pavel Durov.

Roman juga mempunyai rekod jenayah, termasuk sabitan penipuan pada 2020 yang menyebabkan dia dihukum penjara enam tahun. Pada waktu kehilangannya, dia turut berada dalam siasatan berhubung dakwaan menipu pelabur kripto melebihi AS$499 juta (RM1.79 bilion), membabitkan mangsa dari China dan Timur Tengah.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.