Nenek Pangku Jenazah Cucu, Redah Banjir Sejauh 3KM Untuk Kebumikan Jenazah

LocalFamily & Parenting
1 Dec 2025 • 11:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Jenazah seorang bayi perempuan terpaksa dibawa meredah laluan banjir menggunakan kenderaan pacuan empat roda sejauh tiga kilometer untuk dikebumikan di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, pada Ahad.

Menurut bapanya, Mohamad Hamzuri Makhtar, 40, dia terpaksa meminta bantuan rakannya yang mempunyai kenderaan tersebut pada jam 8 pagi selepas laluan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Jering ke kampung tersebut masih digenangi banjir sedalam 0.4 meter.

image is not available

Kereta tak dapat redah limpahan Sungai Golok ini, jadi saya dari Hospital Raja Perempuan Zainab II memandu hingga ke sekolah sahaja.

“Kemudian tinggal kereta di situ dan bawa jenazah naik pacuan empat roda pula untuk ke tanah perkuburan di kampung,” katanya.

Mohamad Hamzuri yang juga seorang pesawah berkata, anak kelimanya itu disahkan meninggal dunia dalam kandungan isterinya, Haslinda Mohamad, 41, pada Rabu lalu sebelum bayi itu dikeluarkan secara pembedahan pada Subuh, Ahad selepas percubaan untuk bersalin secara normal gagal.

Nenek pangku jenazah cucu 

Jenazah bayi kemudian selamat dikebumikan di Perkuburan Kampung Kajang Sebidang kira-kira jam 10 pagi.

image is not available

Saya dan isteri reda, semuanya ketentuan ALLAH. Cuma, kejadian ini mengulangi sejarah keluarga kami kerana anak sulung juga meninggal dalam kandungan seminggu sebelum tarikh jangkaan lahir,” katanya.

Turut bersama, ibu mentua Mohamad Hamzuri, Siti Rokiah Dolah, 63, yang memangku bayi itu sepanjang perjalanan mereka meredah banjir tersebut sementara Haslinda masih dirawat di hospital.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.