Nenek tiri berdepan hukuman mati didakwa bunuh cucu

12 Aug 2026 • 10:54 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nenek tiri berdepan hukuman mati didakwa bunuh cucu

KOTA TINGGI – Seorang nenek tiri berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi, hujung bulan lalu.

Tertuduh, Nurul Farhana Laili Shah, 39, faham ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Hafizah Abdul Rajak.

Mengikut pertuduhan, wanita berkenaan telah membunuh Nur Anggun Dahlia Abdullah berusia 16 bulan pada 30 hingga 31 Julai lalu pada pukul 12.30 tengah hari sehingga 9.30 pagi di sebuah rumah di Taman Sri Saujana, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Afiqah Musa manakala tertuduh diwakili peguam Lidyana Mansor dan Farah Yasmin.

Afiqah memohon pihak mahkamah menetapkan satu tarikh bagi menunggu laporan kimia, post mortem dan ujian asid deoksiribonukleik serta tiada jaminan ditawarkan memandangkan kes 302 Kanun Keseksaan.

Hafizah kemudian menetapkan tarikh 11 Disember bagi sebutan semula kes.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang nenek muda akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh cucu tirinya yang berusia satu tahun empat bulan di Taman Sri Saujana bulan lalu.-KOSMO! ONLINE

The post Nenek tiri berdepan hukuman mati didakwa bunuh cucu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved