Nepal mula kebumikan mayat mangsa

31 Aug 2026 • 11:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nepal mula kebumikan mayat mangsa

KATHMANDU – Nepal mula mengebumikan sebahagian daripada beratus-ratus mayat yang ditemukan selepas banjir besar, setelah mengambil sampel DNA dan menandakannya supaya boleh dituntut oleh waris mangsa kemudian.

Mayat mangsa secara tradisinya dibakar di atas unggun pengebumian di Nepal yang mempunyai majoriti penduduk beragama Hindu, jadi pengebumian itu dianggap sebagai penyimpanan jangka panjang sehingga keluarga mangsa dapat menuntutnya kembali.

Setiausaha Luar Amrit Bahadur Rai memberitahu pemberita bahawa semua mayat yang dikebumikan direkodkan dengan teliti, namun beliau turut merayu bantuan antarabangsa dengan menyatakan, Nepal memerlukan ‘lebih 1,000’ unit peti sejuk beku untuk menyimpan mayat.

“Mengikut protokol standard dan diterima pakai, seperti protokol ICRC (Palang Merah), cebisan mayat mangsa, terutamanya yang tidak dapat dikenali telah dikebumikan untuk sementara waktu,” kata Rai kepada pemberita.

Pengumuman mengenai pengebumian itu dibuat semalam ketika Kementerian Bencana Nepal meningkatkan lagi angka korban kepada 752, manakala 2,502 orang dilaporkan hilang.

Senarai tersebut turut merangkumi 589 warga asing yang masih belum dapat dikesan.

Media rasmi China sebelum ini mengesahkan 16 kematian di Tibet dan 546 orang hilang susulan bencana dahsyat pada  Rabu lepas,  menjadikan jumlah keseluruhan korban kepada 768 dan 3,048 orang masih belum ditemui. – AFP

The post Nepal mula kebumikan mayat mangsa appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved