Unifi TV sudah ada Netflix, perkenal 2 pek baru dengan harga promosi

22 Jun 2023 • 5:08 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Setelah sekian lama, akhirnya Netflix boleh dipasang ke Unifi Plus Box. Hari ini Unifi mengumumkan kerjasama Unifi TV dan Netflix untuk menawarkan kandungan hiburan kepada pelanggan Unifi. Unifi turut melancarkan dua pek Unifi TV baru dengan harga promosi.

Mulai 23 Jun 2023, pelanggan Unifi boleh menonton filem seperti Extraction 2, Heart of Stone, Red Notice dan Glass Onion: A Knives Out Mystery, menerusi Netflix. Unifi menawarkan promosi selama 3-bulan untuk pelanggan menaik taraf pelan Unifi TV mereka kepada pek Ultimate baharu pada harga istimewa.

image is not available

Harga pek Ultimate termasuk pek baharu dan kandungan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Pek Ultimate (RM60.00) – Disney+ Hotstar
  • Pek Ultimate Plus (RM69.90) – Disney+ Hotstar & Netflix
  • Pek Ultimate Max (RM89.90) – Disney+ Hotstar & Netflix & Viu & iQiyi

image is not available

Pek baru Ultimate Plus dan Ultimate Max ditawarkan sebagai harga promosi selama 3-bulan. Tidak dimaklumkan lagi berapa pula harganya selepas tamat tempoh promosi. Selain itu, semua pek Ultimate turut menerima akses ke beIN SPORTS CONNECT, SPOTV NOW, BBC Player, SIAR dan Lionsgate Play, serta datang bersama peranti Unifi Plus Box.

Kami menghubungi TM untuk mendapatkan maklumat lanjut. Dimaklumkan, bagi pek Ultimate Plus ia disertakan pelan Netflix Basic iaitu tontonan HD pada 1 peranti. Manakala pek Ultimate Max, menerima pelan Netflix Standard iaitu tontonan HD Penuh dengan 2 peranti serentak. Unifi akan menawarkan naik taraf untuk pelan Netflix di masa akan datang.

Pengguna Unifi yang melanggan pek Ultimate Plus dan Ultimate Max semasa tempoh promosi, akan kekal dengan harga tersebut. Selepas promosi tamat pada 22 September 2023, harga pek baru ini akan menjadi:

  • Pek Ultimate Plus – RM69.90 RM99.90
  • Pek Ultimate Max – RM89.90 RM129.90

Jika berminat untuk melanggan, pelanggan Unifi boleh menghubungi talian 100 atau pergi ke Unifi Store untuk mendaftar atau menaik taraf pek Unifi TV. Pelanggan Unifi Home Broadband tanpa pek Unifi TV turut boleh melanggan Netflix menerusi Unifi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran Unifi TV dan Netflix, layari laman rasmi Unifi TV.

Bacaan Berkaitan