Netflix Akan Mula Menambah Kandungan Pendek – Berdurasi Sependek 2 Minit

Entertainment
8 Jul 2026 • 1:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Netflix Akan Mula Menambah Kandungan Pendek – Berdurasi Sependek 2 Minit

Netflix kini dilihat akan mula menambah pelbagai variasi kandungan yang ditawarkan melalui platform mereka. Untuk tujuan berkenaan, Netflix dilaporkan telah memeterai perjanjian perlesenan kandungan bersama sejumlah penerbit, termasuk BuzzFeed, Tastemade dan juga PMX yang menguruskan TheVerge dan Eater.

Selari dengannya, Netflix akan mula menawarkan kandungan berdurasi antara 2 minit ke 20 minit dan lebih melalui platform penstriman mereka, yang dihasilkan oleh pelbagai penerbit digital ini. Walaubagaimanapun, penawarannya dijangka terhad ke beberapa buah negara sahaja untuk permulaan.

Namun, langkah ini memperlihatkan Netflix telah mula mengorak langkah untuk menambah variasi capaian kandungan melalui platform mereka, dan dilihat akan turut menjadi pusat tumpuan untuk kandungan yang menyentuh isu semasa – sekaligus memastikan para pengguna terus terikat dengan platform tersebut bukan sekadar untuk filem dan siri-TV, tetapi juga untuk pelbagai variasi kandungan pendek.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved