Netflix Kini Memerlukan Setiap Profil Dibawah Satu Akaun Mempunyai Emel Berbeza Untuk Log Masuk

EntertainmentTechnology
28 Jun 2026 • 11:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Netflix Kini Memerlukan Setiap Profil Dibawah Satu Akaun Mempunyai Emel Berbeza Untuk Log Masuk

Sehingga kini, setiap akaun Netflix membolehkan sehingga 5 profil dicipta, yang mana berkongsi maklumat log masuk yang sama. Namun, pihak Netflix kini dilihat telah mula melakukan perubahan bagaimana hal ini beroperasi.

Image from: Netflix Kini Memerlukan Setiap Profil Dibawah Satu Akaun Mempunyai Emel Berbeza Untuk Log Masuk

Sejak 15 Jun 2026 yang lepas, Netflix telah mula memperkenalkan kemaskini secara berperingkat – dimana setiap profil akan perlu dipautkan dengan emel masing-masing oleh pemegang akaun utama. Ini juga secara tidak langsung membuatkan setiap pemilik profil pada Netflix mempunyai akaun log masuk tersendiri, termasuk boleh mengaktifkan pengesahan dwi-faktor untuk log masuk.

Perubahan ini hanya untuk profil biasa di Netflix, dan tidak tertakluk kepada akaun kanak-kanak.

Pihak Netflix tidak nyatakan secara rasmi berkenaan kenapakah perubahan ini dilakukan. Beberapa spekulasi adalah disebabkan Netflix kini turut telah mula menjual pengiklanan untuk disertakan bersama penstriman mereka dibeberapa buah negara, dan dengan mempunyai angka pengguna lebih ramai, mereka boleh menjejak interaksi pengguna dengan lebih baik, serta menyasarkan pengiklanan dengan lebih diperibadikan. Namun, ini sekadar spekulasi awal, dan tiada kenyataan rasmi daripada Netflix buat masa ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved