
Netflix telah membeli InterPositive, sebuah syarikat kecerdasan buatan (AI) yang untuk pembikin filem diasaskan oleh Ben Affleck pada tahun 2022. InterPositive bukan sebuah syarikat AI generatif tetapi sebaliknya membina model yang digunakan untuk membantu proses pasca produksi.

Antara yang boleh dilakukan InterPositive ialah melakukan suntingan warna, audio dan mengubah tetapan pencahayaan pada rakaman harian sesi penggambaran. Ia juga boleh menambah kesan khas apabila diperlukan. Tidak seperti model AI lain, InterPositive menjana model AI menggunakan rakaman yang dilakukan oleh manusia terlebih dahulu untuk sesebuah produksi.
Model ini akan hanya digunakan khusus untuk produksi tersebut dan bukan untuk produksi lain. Perkhidmatan yang ditawarkan InterPositive mirip yang ditawarkan oleh Adobe Firefly Custom Models yang juga membenarkan pelanggan melatih model AI menggunakan hanya aset media mereka sendiri.
Sebelum ini dalam temubual mempromosikan filem The Rip, Affleck dipetik berkata AI sedia ada tidak mengambil kira input dan pandangan pengkarya filem serta tidak memahami cabaran produksi sebenar. InterPositive beroperasi dengan aliran kerja yang masih mengambil info pengarah dan pengarah fotografi dengan elemen masih dikawal oleh manusia.
Netflix sudahpun berjinak-jinak dengan penggunaan AI dalam produksi siri mereka sendiri menerusi The Eternauts tahun lalu. Kesan khas Eternauts dihasilkan menggunakan AI bagi mengurangkan kos produksi. Alat AI seperti yang dibangunkan InterPositive dilihat mampu mengurangkan kos produksi

