
Netflix kini mengumumkan mereka akan memperkenalkan garis masa khusus untuk video menegak pada aplikasi mudah-alih mereka awal bulan ini. Hari ini Netflix mengumumkan ciri ini akhirnya diaktifkan kepada pengguna di Malaysia.

Ia diakses menerusi pautan “Clips” di palang navigasi bawah skrin. Clips akan memaparkan video pendek daripada kandungan Netflix yang mungkin dirasakan dapat menarik minat pengguna untuk menonton video penuh. Terdapat pautan untuk memasukkan kandung klip ke dalam senarai kandungan yang akan ditonton atau berkongsi pautan ke platform media sosial. Di masa hadapan Netflix akan turut menyertakan klip podsiar, kandungan siaran langsung dan saranan berdasarkan sejarah tonton pengguna ke dalam susur masa Clips.
Selain di Malaysia, Clip juga boleh diakses pelanggan di Amerika, UK, Australia, Kanada, India, Pakistan, Filipina dan Afrika Selatan.




