
Sarikata bahasa isyarat secara lazimnya diperlihatkan sewaktu bacaan berita ataupun apabila pengumuman penting berkaitan kerajaan dibuat melalui kaca televisyen. Netflix baru-baru ini dilaporkan telah mula memperkenalkan sarikata bahasa isyarat American Sign Language (ASL) untuk sejumlah siri televisyen dan filem yang ditawarkan melalui platform tersebut.
Indiewire telah melaporkan bahawa Netflix dan syarikat bahasa isyarat ASL SignUp Media untuk memperkenalkan sarikata ASL untuk 73 tajuk siri televisyen dan filem yang kini ditayangkan di platform tersebut, seperti siri televisyen Stranger Things: Tales From ’85, Pokémon Horizons, Octonauts, The Magic School Bus Rides Again dan filem-filem seperti Guillermo Del Toro’s Pinocchio dan Spider-Man: Homecoming.

Penawaran sarikata ASL ini dilihat dapat membantu ramai pelanggan Netflix yang mungkin tidak boleh bertutur atau mendengar, kerana laporan yang dilakukan oleh SignUp Media sebelum ini mengatakan bahawa ramai daripada golongan pekak-bisu di Amerika Syarikat dan secara global lazimnya mempunyai kesukaran untuk memahami teks bacaan kerana pemahanan yang tidak begitu tinggi.
Dengan sarikata ASL, ia diharap dapat membantu golongan ini memikmati siri televisyen dan filem yang ditawarkan Netflix dengan lebih baik lagi. Ciri ini dilaporkan baru sahaja ditawarkan untuk pelanggan-pelanggan Netflix secara berperingkat.
Sumber: Indiewire






