Netizen Anggap Talita Kurang Sopan Dengan Ibu Tiri, Watie Tampil Bersuara – “Anak Saya Semua Jenis Beradab & Menghormati”

EntertainmentFamily & Parenting
15 Jul 2025 • 2:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib iaitu Watie Hanifiah tampil bersuara mengenai isu anak tirinya, Talita yang didakwa menggunakan bahasa kurang sopan dalam sebuah hantaran video yang dimuat naik di Instagram, baru-baru ini.

Menerusi komen yang tinggalkan di sebuah portal hiburan, Watie berkata orang ramai tidak boleh menjatuhkan sesuatu hukum sesuka hati tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

image is not available

Lain point yang kita nak tunjuk tapi lain point yang orang debatkan.

 

Jangan menilai dengan suasana yang menyebabkan perkara itu terjadi. Alhamdulillah, anak-anak saya semua jenis yang beradab dan menghormati.

image is not available

Dalam pada itu, Shuib juga dilihat meninggalkan komen dengan memberitahu bahawa suasana ketika itu agak bising sehingga anaknya terpaksa bercakap dalam nada yang kuat.

Biasa tak bercakap kalau tempat bising, kan kena bercakap dengan kuat.

image is not available

Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, berkongsi momen manis ketika meluangkan masa bersama anak-anak tiri.

Namun begitu, segelintir netizen memberikan reaksi kurang senang terhadap interaksi Talita dengan ibu tirinya, khususnya dari segi penggunaan bahasa yang disifatkan agak kurang sopan.

image is not available 2025-07-14 16:41:41

"Woi, Ni Slow Dah Ni" - Netizen Tegur Talita, Jangan Biadab Dengan Ibu Tiri