Netizen Belah Bahagi Tengok Agong Kena Naik Bas Ke Pengebumian ‘Queen’ Tapi Biden Naik Limo?

Entertainment
20 Sep 2022 • 4:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Macam yang korang semua tahu, semalam telah berlangsungnya acara pengebumian Ratu Elizabeth yang meninggal dunia pada 8 September lalu pada usia 96 tahun.

Ramai pemimpin dunia telah terbang ke London bagi memberikan penghormatan terakhir kepada monarki paling lama memerintah dalam sejarah British dan kedua terlama dalam dunia.

Antara benda yang menarik perhatian ramai ketika pengebumian ini diadakan semalam adalah apabila kesemua pemimpin dunia dilihat perlu menaiki bas yang disediakan untuk ke Westminster Abbey tapi Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dilihat telah menaiki kereta mewah sambil diiringi pegawai-pegawai keselamatannya.

Bukan itu sahaja, antara gambar yang tular juga turut menunjukkan Yang Dipertua Agong (YDPA) di dalam bas bersama beberapa pemimpin dari Afrika.

Gambar ini jelasnya telah mendapat reaksi yang berbeza dari netizen di seluruh dunia, ada yang merasakan ia nampak seperti lawatan sambil belajar dan ada juga yang merasakan Agong dan pemimpin-pemimpin lain sepatutnya mendapat layanan yang lebih baik dan tidak nampak seperti dilayan berbeza daripada pemimpin yang dapat menaiki kenderaan sendiri.

image is not available

Untuk pengetahuan korang, antara pemimpin dunia lain yang turut menaiki bas untuk ke pengebumian ini termasuklah Perdana Menteri Irish, Micheál Martin, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern, Raja Jordan Abdullah II, Presiden Tanzania Samia Suluhu Hassan, Presiden Kenya William Ruto, Presiden Singapura Halimah Yacob dan Maharaja Jepun Naruhito.

Dorang pun entah-entah happy sebab dapat naik bas dengan member-member. Bukan selalu…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.