Netizen Dakwa Ammar Nazhan Lakukan Perkara Ini Untuk Tutup Kesalahan!

LocalEntertainment
8 Feb 2025 • 6:40 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ammar Nazhan

Nama Ammar Nazhan kini menjadi perbualan hangat di Malaysia dan Indonesia selepas pihak polis negara jiran mengesahkan berita kehilangan rakannya di hutan Bandung adalah palsu.

Walaupun dihujani kecaman, Ammar dilihat tenang menghadapi situasi ini.

Ammar Nazhan edar makanan percuma lepas solat Jumaat

@amnazhan

Salam jumaat semuanya. Kalian di wilayah mana indonesia ? Cuba komen

♬ suara asli – Anggadermawan – Anggadermawan

Dalam satu video yang dikongsikan di TikTok, Ammar dan rakan-rakannya dilihat mengagihkan makanan percuma kepada penduduk setempat selepas menunaikan solat Jumaat.

Kita baru selesai solat Jumaat dengan team saya, jadi kami nak buat sedikit beri makanan kepada penduduk di sekitar kawasan ini.

Namun, usaha ini tidak diterima baik oleh netizen yang mendakwa Ammar hanya cuba ‘menutup kesalahan’ selepas kontroversi yang tercetus.

Netizen dakwa sekadar ‘damage control’?

image is not available

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai netizen menyindir Ammar dan mengatakan tindakannya sekadar strategi untuk membersihkan nama selepas dikecam teruk.

Lepas buat hal baru nak buat baik.

Nak jadi Aisar Khaled ke ni?

Namun, ada juga yang tetap menyokong dan mendoakan Ammar terus kuat.

#ApaKataOhmedia

Buat baik itu tak salah, tapi niat dan timing memainkan peranan penting. Bila ada kontroversi, apa saja tindakan pasti akan dipersoalkan. Mungkin lebih baik diam sebentar, belajar dari kesilapan, dan kembali dengan lebih matang.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Tiktok


The post

appeared first on

.