Netizen Dakwa Hafidz Roshdi Dah Bagi ‘Hint’ Awal Bakal Cerai Lepas Buat ‘Paid Review’ Produk Kurus?

24 Feb 2023 • 10:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah beberapa minggu cerita mengenai berlaku curang dengan wanita lain tular, akhirnya semalam, Hafidz Roshdi dikhabarkan telah pun melafazkan talak satu terhadap isteri, Shuhada bersaksikan keluarga.

Menurut ahli keluarga terdekat, keputusan untuk berpisah itu merupakan persetujuan di antara kedua-dua belah pihak dan Shuhada turut dikatakan berasa syukur kemelut rumah tangga akhirnya selesai.

Susulan perkhabaran mengejut ini, netizen tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen di ruangan hantaran pelakon terbabit di Instagram untuk mendapatkan kepastian setelah berita ini tular.

image is not available

Bagaimanapun, terhadap satu hantaran paid review yang dimuat naik sebelum ini mengenai produk kurus menarik perhatian ramai

Lagi-lagi kapsyen yang tertulis di dalam video tersebut menyatakan dirinya sudah lama menanggung beban dan akhirnya ‘bercerai’ juga daripada lemak.

image is not available

 

image is not available

Oleh kerana itu, netizen mendakwa Hafidz Roshdi seakan-akan sudah memberi hint bahawa dirinya akan melafazkan cerai terhadap isteri setelah bertahun-tahun hidup bersama.

Sekadar info, Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6 serta Umar, 2.

image is not available Feb 24, 2023

"Tak Lagi Terkongkong, Dah Move On" - Tak Sedih Atau Nangis, Shuhada Tenang Dicerai Talak Satu