Netizen Dakwa Ina Naim Berubah Lepas Kahwin Baru, Ini Sebabnya

LocalEntertainment
9 Dec 2024 • 9:40 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ina Naim

Penyanyi dan bekas peserta program realiti, Ina Naim menjadi perhatian selepas kenyataannya mengenai pekerjaan suaminya, Mohd Khairul Rizal telah mengundang reaksi kurang senang netizen. 

Ina Naim jawab isu pekerjaaan suami

@quranenuur

Replying to @Cik Lia Siapa suka tanya suami kak ina tak kerja ke tu wajib tengok video ni sampai habis #fyp #enuurhq #alquranenuur #inanaim #alquranterjemahan

♬ original sound – ENUUR.HQ

Menerusi satu video di Tiktok, Ina menjawab soalan orang ramai dalam sesi siaran langsung selepas ramai yang menyangka suaminya itu tidak bekerja kerana sering menemaninya ketika live.

Suami sekarang ni, dia engineering consultant, jadi dia tak perlu tiap hari pergi ke pejabat. Zaman sekarang ni dah moden, sedangkan masa zaman COVID pun orang boleh buat kerja dalam rumah apatah lagi masa sekarang.

Respon lantang Ina cetus kritikan ramai

image is not available

Kalau korang tengok ruangan komen, cara penyampaian Ina itu dianggap kasar oleh sesetengah netizen. 

Bukan tu jer, ada yang mendakwa perwatakan Ina berubah selepas berkahwin dengan Khairul dan berbeza dengan dirinya sewaktu bersama Allahyarham Suhaimi Saad.

Jangan tanya suami saya kerja apa. Suami saya kerja dia dengan Allah, dah senang cerita. Nampak macam tak kerja tapi dia sebenarnya kerja.

#OhmediaNasihat

Setiap hubungan suami isteri mempunyai cabaran tersendiri. Apa yang penting ialah menjaga komunikasi dengan baik, sama ada sesama pasangan mahupun dengan orang luar. 

Jika menghadapi pertanyaan sensitif, cuba jawab dengan nada yang lebih tenang dan bijaksana untuk elak salah faham.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Tiktok