Netizen Dakwa Pemandu Myvi ‘Microsleep’ Masih Tersenyum Selepas Rempuh Maut Penunggang Motosikal?

LocalCars
11 Feb 2026 • 10:08 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di lampu isyarat persimpangan Padang Jambu, Melaka petang Selasa.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, pengendali akaun Melaka Explorer memuat naik beberapa foto tangkap layar video dirakam orang awam mendakwa pemandu itu tersenyum dipercayai ketika berbual dengan orang awam selepas merempuh mangsa.

image is not available

“Katanya pemandu Myvi dipercayai microsleep rempuh maut penunggang, lima kenderaan. Ada orang terakam dia senyum- senyum lepas kemalangan. Adakah dia betul-betul microsleep? Kita tunggu keputusan mahkamah besok (hari ini),” tulis Melaka Explorer.
image is not available

Foto: Media sosial

Meninjau ke ruangan komen, foto tersebut mengundang perhatian netizen yang meluahkan kemarahan sekali gus berharap pelaku akan menerima hukuman setimpal akibat insiden terbabit.

Boleh senyum-senyum lagi?

image is not available

Dah melayang nyawa orang, boleh senyum?

image is not available

Dalam kejadian sekitar 2 petang itu, mangsa Mohd. Shahrol Anuar Md. Roby, 44, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala, muka, badan dan tangan.

image is not available

Foto: Media sosial

Menurut laporan Sinar Harian, arwah yang juga peniaga sedang dalam perjalanan untuk mengambil anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pulang dari sekolah.

Kemalangan itu melibatkan lima kenderaan iaitu tiga buah motosikal jenis Honda EX5, Suzuki Raider R150 dan Yamaha Y15ZR serta tiga buah kereta iaitu Proton Saga, BMW X3 dan kereta pelaku.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi itu telah memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan berkenaan.

Sumber: Facebook Melaka Explorer

The post Netizen Dakwa Pemandu Myvi ‘Microsleep’ Masih Tersenyum Selepas Rempuh Maut Penunggang Motosikal? appeared first on Borak Daily.