Pemandu Myvi Rempuh Lima Kenderaan Direman, Negatif Bahan Terlarang Dan Alkohol

LocalCars
11 Feb 2026 • 11:36 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemandu Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Padang Jambu, Bukit Baru, semalam direman selama empat hari hari ini bagi membantu siasatan.

Menurut laporan Sinar Harian, perintah reman sehingga Sabtu itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani terhadap lelaki berusia 35 tahun berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

image is not available

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, suspek dipercayai mengalami ‘microsleep’ sebelum kenderaannya terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh beberapa kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan tersebut.

image is not available

Insiden itu mengakibatkan Mohd Shahrol Anuar Md Roby, 44, yang menunggang motosikal Honda EX5 maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Mangsa yang juga bapa kepada empat anak dilaporkan dalam perjalanan untuk mengambil anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pulang dari sekolah.

image is not available

Kemalangan berkenaan melibatkan enam kenderaan iaitu tiga motosikal Honda EX5, Suzuki Raider R150 dan Yamaha Y15ZR serta tiga kereta Proton Saga, BMW X3 dan Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ujian saringan air kencing dan pernafasan yang dijalankan terhadap suspek didapati negatif daripada pengaruh dadah dan alkohol.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

The post Pemandu Myvi Rempuh Lima Kenderaan Direman, Negatif Bahan Terlarang Dan Alkohol appeared first on Borak Daily.