Netizen Geram Peniaga Bazar Ramadan Aniaya Pelanggan, Pulut Panggang Didakwa Keras Macam Kayu

Entertainment
13 Mar 2024 • 4:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjelang sahaja bulan Ramadan, pasti ada isu tentang makanan yang dijual di bazar Ramadan. Kalau bukan sebab harga yang tak masuk akal, kadang-kadang juadah yang dijual seolah-olah sengaja menganiaya pelanggan.

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video yang dimuat naik oleh @kanda.nismilan memaparkan beberapa pulut panggang yang dibelinya di sebuah bazar Ramadan.

Pulut panggang keras macam kayu?

Lelaki tersebut meluahkan rasa kecewa apabila pulut panggang yang dibeli tidak sama seperti kebiasaan rupa kuih tersebut. Lebih menyedihkan, dia telah membelanjakan sebanyak RM5 untuk 4 batang pulut panggang bagi juadah berbuka puasa.

Jika dilihat dalam video, rupa pulut panggang itu nampak hangit dan teksturnya juga agak keras sehinggakan dia terpaksa mengetuk kuih tersebut di dalam pinggan beberapa kali.

Al-kisah 1 Ramadan saya, tidak tahulah hendak ketawa atau menangis. Beli pulut panggang, tetapi isinya keras macam kayu.

Dia juga perlu menekan dan mengepak kuih itu untuk membuktikan pulut panggang itu tidak boleh dimakan. Bagaimanapun, dia tidak memberitahu di mana lokasi pulut panggang itu dijual.

@kanda.nismilan

alkisah 1 ramadhan .. tak tahu la nk gelak ke nk nangis .. dah mcm kayu #kongsibersama #ramadhan2024 #puasa #fyp #berbukapuasa

♬ Marhaban ya ramadhan – Nay

“Pulut panggang ni kena cicah kopi ke?”

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut kecewa setelah melihat rupa kuih tradisional tersebut. Ada netizen mendakwa pulut panggang itu mungkin sudah dimasak beberapa kali.

image is not available

image is not available

Ramai antara mereka juga menceritakan pengalaman pahit membeli makanan di bazar Ramadan.

image is not available

Sampai kena kepak pulut panggang tu.. keras betul..

Sumber: TikTok, Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved