Netizen gesa hentikan penjualan gula-gula gummy – “Mudah tertelan, tak sempat dikunyah”

LocalHealth & Fitness
21 Feb 2025 • 11:32 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Netizen gesa hentikan penjualan gula-gula kenyal kerana ia boleh mendatangkan bahaya terhadap kesihatan terutamanya buat golongan kanak-kanak.

Menurut Public Health Malaysia, perkara tersebut boleh berlaku disebabkan tekstur licin dan kenyal yang membuatkan ia mudah tergelincir terus ke dalam tekak sebelum sempat dikunyah.

Jika tidak dikunyah dengan sempurna, ia akan menganggu saluran pernafasan kanak-kanak memandangkan gula-gula kenyal itu bersaiz besar berbanding mulut kanak-kanak.

Netizen gesa hentikan penjualan

image is not available

“Gula-gula kenyal sukar dikeluarkan jika tercekik, berbeza dengan makanan keras yang boleh dihentak keluar.

“Gula-gula ini melekit dan boleh menyumbat saluran udara sepenuhnya,” ujar Public Health Malaysia dalam sebuah hantaran di laman X.

Netizen gesa hentikan penjualan

image is not available

Netizen gesa hentikan penjualan gula-gula gummy

Susulan itu, ramai memohon untuk menghentikan dan mengharamkan penjualan gula-gula kenyal tersebut bagi menggelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang kembali.

image is not available image is not available image is not available

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Mohamad Fahmi Hafiz, 10, meninggal dunia selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.

Mangsa dikatakan membeli gula-gula kenyal itu di luar kawasan Kelas-Quran dan Fardhu ‘Ain (Kafa), Sungai Dua, Butterworth tanpa pengetahuan keluarga.

image is not available

Guru bertindak menelefon pihak perubatan selepas mendapati Mohamad Fahmi pengsan ketika hendak ke tandas.

Pihak perubatan berjaya mengeluarkan gula-gula kenyal berkenaan dari mulut kanak-kanak itu, namun mangsa masih tidak sedarkan diri.