Netizen Ingatkan Achey Bocey Jangan Join Politik Kalau Tak Mahu Ramai Musuh

8 Nov 2022 • 2:22 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Perkongsian pelawak, Achey Bocey di TikTok @achey_kintangkintung baru-baru ini dilihat seperti mahu mencetuskan kontroversi politik.

Dalam video itu, Achey dilihat berjalan di sebelah kereta calon Barisan Nasional (BN) dengan kapsyen seolah-olah menyindir tidak meletakkan kereta dengan posisi yang betul.

Kapsyen seakan sindir cara park tak betul…

Aku rasa aku parking kereta kat sini tadi… oh kat depan… Segamat ni kalau ‘parking’ tak betul memang pening laa korang… So ‘parking’ betul-betul eaa lepas ni. – Tulisnya di kapsyen.

Apa yang menarik perhatian apabila netizen dilihat tidak setuju jika Achey terlibat dengan mana-mana parti politik.

Rata-rata berpendapat golongan artis tidak sepatutnya masuk campur isu politik kerana boleh mewujudkan ramai musuh.

image is not available

image is not available

image is not available

Achey main-main je tu gais, nak buat raso-raso kehangatan musim mengundi. Apa salahnya kan?

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.