Netizen Jadi FBI, Siasat Foto Tular Isteri Kedua Alif Teega! Siap Tanya - “Nikah Di Thailand 4 Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah?”

27 Nov 2023 • 4:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Isu perkahwinan kedua personaliti media sosial, Alif Teega menjadi semakin hangat apabila netizen sudah mula menjalankan ‘siasatan’ terhadap foto tular di media sosial.
 
Menerusi foto tular yang dikongsi di platform X itu merakamkan Alif bersama isteri keduanya yang dipercayai bernama Fatin Umaidah Ramli beserta maklumat perkahwinan mereka.
 
Berdasarkan maklumat yang dipaparkan, tertera nama penuh Alif dan juga Fatin sebagai pasangan pengantin.
 
Bagaimanapun apa yang menarik perhatian netizen adalah tarikh dan juga lokasi akad nikah dalam kertas yang bertajuk ‘Gambar Padangan Berkahwin’ itu.
 
Menurut foto berkenaan, Alif dan Fatin telah disatukan di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand.
 
Malah tarikh yang tertera pada surat tersebut adalah 21 November 2023 iaitu beberapa hari sebelum ulang tahun perkahwinannya dengan isteri pertama, Aishah Hijanah.
 




image is not available



image is not available



image is not available
















image is not available