Netizen Jumpa Banyak Bukti, Byeon Wooseok Sedang Bercinta Dengan Pempengaruh Korea Ini Sejak 2022 Lagi?

27 Jun 2024 • 11:19 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Semakin popular kini, ramai nampaknya mula ‘menggali’ tentang kehidupan peribadi Byeon Woo-seok.

Baru-baru ini, timbul khabar angin menyatakan bahawa Byeon Woo-seok sedang bercinta dengan seorang pempengaruh Korea, Stephanie, sejak dari tahun 2022 lagi.

Khususnya, dakwaan ini mula menjadi perhatian apabila dalam satu foto yang dimuat naik lelaki itu, netizen melihat wajah yang dipercayai adalah Stephanie, di pantulan tingkap kereta api.

image is not available

Selain itu pada 2022, Byeon Woo-seok dan Stephanie juga telah memuat naik gambar dari kafe Pacino, pada hari yang sama. Malahan, lelaki itu juga telah menekan butang ‘like’ pada hantaran tersebut.

Tak cukup di situ, banyak lagi persamaan lain antara mereka apabila kedua-duanya sering dilihat berada di lokasi yang sama, seperti di Pulau Jeju, gim, semuanya pada waktu yang sama.

image is not available

Meskipun pelbagai spekulasi telah dibuat, agensi bagi Byeon Woo-seok masih berdiam dari dan belum memberikan sebarang respon lagi setakat ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.