Netizen Kagum Hafiz Mahamad Hadiahkan ‘Staff’ Kereta Baru, Siap Bagi Bonus & Belanja Baju Raya!

Entertainment
20 Apr 2023 • 2:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mesti ramai yang kenal dengan usahawan dan personaliti media, Hafiz Mahamad yang selalu membantu mereka yang memerlukan dan turut menjaga kebajikan pekerjanya.

Baru-baru ini, melalui akaun Instagram rasminya, Hafiz dilihat menghadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia Carnival bernilai lebih RM200,000 kepada staffnya.

Hafiz memberitahu hadiah berkenaan diberikan kepada pekerjanya yang sudah hampir tujuh tahun berkhidmat dengan syarikatnya dan kini bertugas di bahagian pengurusan.

Bekas majikan tak hargai & kawan-kawan rendahkan dirinya

image is not available

Difahamkan, sebelum ini pekerjanya itu pernah bekerja di sebuah syarikat besar namun, tidak dihargai oleh majikannya ketika itu dan kemudian dia bekerja sebagai pemandu uber sebelum masuk bekerja di syarikat Hafiz yang ketika itu masih kecil.

“Staf itu sudah lama bekerja dengan saya dan kerjanya bagus. Pernah kerja di syarikat besar, tapi tak dihargai. Dia kemudian bawa Uber sebelum kerja di syarikat saya yang ketika itu masih kecil.”

“Dia pernah lepak dengan kawan-kawan lama. Ingatkan bolehlah lepaskan rindu, tapi perbualan lebih kepada merendahkan dirinya kenapa bekerja di syarikat kecil, pakai kereta apa,” jelas Hafiz.

Oleh itu, Hafiz hendak membuktikan tanpa dia membeli kereta baru sekalipun, syarikatnya boleh menghargainya dengan menghadiahkan sebuah kereta.

Bawak staf pergi shopping raya juga?!

image is not available

Sementara itu, Hafiz turut membawa semua pekerjanya ke mall sempena Raya Aidilfitri yang bakal menjelang untuk melakukan sedikit shopping raya bersamanya.

Bukan itu sahaja, kesemua pekerjanya turut menerima bonus raya sebanyak sebulan gaji pada hari yang sama.

Menurut Hafiz, dia menggunakan kaedah menghargai dan menggembirakan isterinya, Nursyafiqah Aina Abdul Wahad dan seterusnya diterapkan kepada orang ramai termasuk pekerjanya.

“Sejuta 1 boss macam ni” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum melihat tindakan Hafiz menjaga kebajikan pekerjanya sekali gus mendoakan kesejahteraan Hafiz dan isteri agar dapat sentiasa terus maju dalam bidang perniagaan.

image is not available

Memang terbaik betul la cara dia jaga staf dia…

Sumber : Instagram, mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.