Netizen Kagum Lihat Momen Bersejarah Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Negaraku’ Di MotoGP - “Pengalaman Yang Sangat…”

2 Nov 2026 • 7:43 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Netizen Kagum Lihat Momen Bersejarah Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Negaraku’ Di MotoGP - “Pengalaman Yang Sangat…”

Detik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Negaraku di acara Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Siti Nurhaliza menerusi akaun Threads miliknya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepadannya selain menganggap detik bersejarah itu sangat bermakna buat dirinya. “Terima kasih memberi kepercayaan kepada saya. Pengalaman yang sangat bermakna buat saya,” tulisnya secara ringkas. Video memperlihatkan Siti Nurhaliza menyanyikan lagu kebangsaan dalam sebuah acara bertaraf antarabangsa turut membuatkan wargamaya meluahkan rasa bangga. “Power Tokti. Lagu Negaraku je pun dah best sangat. Dah la baju Tokti tadi pun lawa 🔥 🔥 🔥 “Bukan semua orang dapat peluang macam ni. Memang satu kenangan yang mahal nilainya. Tahniah Datuk! “Simple. Elegan. Macam tu je @ctdk turned Sepang Circuit to Albert Royal Hall London. Proud. “@motogp tindakan betul bila jemput Datuk Siti Nurhaliza nyanyi lagu Negaraku… sumpah this version sangat sedap. Dia nyanyi seperti dalam konsert dengan suara lemak merdu. @ctdk,” komen beberapa wargamaya. Untuk info, momen bersejarah tersebut turut disaksikan barisan pelumba elit antarabangsa, orang kenamaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved