Netizen Kata Jazmy Juma Tak ‘Happy’ Ketika Majlis Kahwin, Ini Respon Tuan Badan.. – “Saya..”

LocalEntertainment
22 Jul 2026 • 12:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Jazmy Juma tampil menafikan dakwaan seorang netizen yang mendakwa dirinya kelihatan tidak gembira ketika majlis perkahwinannya pada bulan lalu.

Menerusi ruangan komen di TikTok miliknya, seorang pengguna meninggalkan komen selepas melihat gelagat pelakon berusia 28 tahun itu pada hari bersejarah tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

“Yelah saya pun perasan Jazmy macam tak happy masa kahwin,” tulis netizen tersebut.

Tidak membiarkan dakwaan itu berlarutan, Jazmy kemudian membalas komen berkenaan secara berseloroh dan menegaskan bahawa dia sebenarnya gembira.

“Awak ni, saya happy je. Jangan nak memandai ye, cubit kang,” balasnya.

Perbualan tersebut berlaku pada sebuah hantaran video yang memaparkan Jazmy bersama pelakon Anna Jobling mengenakan busana serba putih bagi mempromosikan drama lakonan mereka.

jazmy juma

Terdahulu, Jazmy selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Farah Athirah Rozman pada 27 Jun lalu.

Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di Dewan Seri Seroja, Putrajaya.

Mereka dinikahkan oleh Ustaz Haffizan Ibrahim dengan mas kahwin sebanyak RM555.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Netizen Kata Jazmy Juma Tak ‘Happy’ Ketika Majlis Kahwin, Ini Respon Tuan Badan.. – “Saya..”2026-07-21 10:10:46

“Tolong La Guyss Jangan Gaduh Dah” - Shila Amzah Mohon Maaf Kepada Peminat Kpop BTS & EXO

The post Netizen Kata Jazmy Juma Tak ‘Happy’ Ketika Majlis Kahwin, Ini Respon Tuan Badan.. – “Saya..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved