Bertaruh Talak Tiga Isteri Jika ‘Team’ Argentina Kalah Dengan Kawan, Perkongsian Isteri Ini Buat Netizen ‘Naik Hantu’ – “Jantan Bod*h”

20 Jul 2026 • 2:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Satu tangkap layar perbualan yang tular di media sosial mencetuskan kemarahan ramai apabila seorang wanita mendakwa suaminya menjadikan lafaz talak tiga sebagai pertaruhan bersama rakan-rakan ketika menonton perlawanan bola sepak.

Menerusi perbualan tersebut, wanita berkenaan meminta pandangan selepas suaminya didakwa berjanji akan menceraikannya dengan talak tiga sekiranya Argentina kalah kepada Sepanyol.

Advertisement

threads

“Kak apa aku nak buat, laki aku bertaruh dgn kwn kawan dia. Kalau Argentina kalah dgn Spain, dia ceraikan aku talak 3.”

Menurut wanita itu, suaminya pulang dalam keadaan menangis sebelum menceritakan perkara sebenar yang telah dilakukan.

“Aku rasa dah jatuh talak 3. Dia blk pg tadi meraung mcm org gila. Aku tanya kenapa? Dia pun cite hal sebenar.”

Individu yang menerima mesej tersebut kemudian menasihatkannya supaya segera mendapatkan penjelasan daripada pejabat agama kerana perkara berkenaan melibatkan hukum dan status perkahwinan.

View this post on Instagram

“G la pejabat agama tanya… benda ni berkain dgn hukum… so lebih baik tanya pada yg arif…”

Perkongsian itu mengundang kecaman pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan mempermainkan lafaz cerai sebagai tidak bertanggungjawab.

“Perangai mcm hantu….Talak bawak main… Jantan bodoh…”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pakcik2026-07-18 08:31:51

Disangka B40 Gara-Gara Tak Pandai 'Speaking' Oleh Pekerja 'Fast Food', Netizen Dedah Pakcik 'Viral' Ini Tak 'Kosong'

The post Bertaruh Talak Tiga Isteri Jika ‘Team’ Argentina Kalah Dengan Kawan, Perkongsian Isteri Ini Buat Netizen ‘Naik Hantu’ – “Jantan Bod*h” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved