Ozlynn pesan, suami bukan ‘balaci’ isteri – “Masalah bincang bersama, bukan ngadu kat kawan”

Family & ParentingLifestyle
16 Jul 2026 • 11:18 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Ozlynn Wati berkongsi pandangan mengenai peranan suami dan isteri dalam rumah tangga selepas membalas komen seorang netizen yang meminta pendapat berkenaan pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Masalah bincang bersama

Image from: Ozlynn pesan, suami bukan ‘balaci’ isteri – “Masalah bincang bersama, bukan ngadu kat kawan”

Menerusi perkongsian tersebut, Ozlynn menegaskan hubungan suami isteri perlu dibina atas dasar kejujuran, komunikasi terbuka serta saling menghormati, bukannya meletakkan salah seorang sebagai ‘hamba’ atau ‘balaci’ dalam perkahwinan.

Menurut Ozlynn, pasangan perlu berani meluahkan perkara yang tidak disukai secara terus terang, namun tetap menjaga adab ketika berbincang bagi mengelakkan salah faham berpanjangan.

Image from: Ozlynn pesan, suami bukan ‘balaci’ isteri – “Masalah bincang bersama, bukan ngadu kat kawan”

“Suami bukan balaci, isteri bukan hamba abdi. Tiada rahsia, perlu jujur. Apa yang kau tak suka semua kena cakap direct tapi dengan penuh adab,” balasnya.

Dalam masa sama, Ozlynn turut mengingatkan pasangan agar tidak membawa masalah rumah tangga kepada pihak luar sehingga boleh mencetuskan konflik yang lebih besar.

“Masalah bincang sama-sama bukan mengadu domba kat kawan rapat,” pesannya.

Tambahnya, pasangan suami isteri juga perlu saling menyokong antara satu sama lain dalam kehidupan berumah tangga, termasuk dalam aspek agama.

Image from: Ozlynn pesan, suami bukan ‘balaci’ isteri – “Masalah bincang bersama, bukan ngadu kat kawan”

“Rajin jemaah dan mengaji bersama. Ilmu agama paling utama dan jangan malas, both sama-sama tolong ok,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Ozlynn dedah kunci suami rezeki murah melimpah – “Jangan kedekut dengan isteri”

Nasihat itu diberikan Ozlynn selepas seorang netizen berkongsi mengenai fasa baharu kehidupannya sebagai pasangan suami isteri. Perkongsian tersebut mendapat perhatian apabila ramai turut bersetuju bahawa komunikasi dan sikap saling membantu menjadi antara asas penting dalam membina rumah tangga yang harmoni.

Sumber: Threads jozlynnhanania

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved