“Netizen Kena Kencing!” – Tular Gambar Wanita Berzumba Konon Di Diego Garcia Rupanya Foto lama [Video]

5 Sep 2022 • 4:39 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Baru-baru ini, media sosial hangat memperkatakan mengenai penularan beberap foto memperlihatkan beberapa individu di pulau Diego Garcia didakwa mirip seperti mangsa-mangsa MH370.

Segala spekulasi dan andaian ini mula tersebar dan menjadi bualan orang ramai selepas dikongsikan seorang pengguna media sosial.

Wajah seakan sama dengan mangsa MH370

Menerusi perkongsian gambar di laman FB Amar, lelaki itu merasakan wajah lelaki yang menetap di pulau yang merupakan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) dan dimilik oleh British itu seakan sama dengan wajah ketua pramugara MH370, Andrew Nari.

image is not available

Susulan itu, pelbagai pihak turut mendakwa bahawa laman FB tersebut juga memuat naik beberapa gambar yang wajahnya kelihatan sama seperti mangsa-mangsa MH370 yang lain.

image is not available
Foto: FB AMAR

image is not available
Foto: FB AMAR

Tuan punya badan yang berada di dalam gambar bersuara

Sejurus selepas laman FB Diego Garcia tular, orang ramai mula melawat laman FB tersebut untuk melihat lebih banyak gambar dan video yang telah dimuat naik.

Carian pengguna FB kemudiannya menemukan sekeping gambar yang memaparkan aktiviti berzumba, namun apa yang lebih mengejuktkan gambar tersebut memperlihatkan dua orang wanita bertudung dengan wajah seakan daripada Malaysia.

Enggan terus berdiam diri, seorang individu dikenali sebagai Maiwati Azha mendakwa bahawa foto wanita sedang berzumba yang dimuat naik oleh FB AFN Diego Garcia terbabit adalah dirinya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @rajanurraudhah, wanita itu mnegatakan orang ramai telah tertipu dengan spekulasi yang dilakukan sebelum ini.

“Sah-sah lah tipu. Aku salah seorang dalam gambar tu. Dari semalam kami penat melayan komen netizen Malaysia ni,” ujarnya di ruangan komen.

Gambar dari sebuah studio di Damansara, tiada kaitan dengan MH370

Tidak hanya itu, seorang wanita dikenali sebagai Rozscun turut mengakui bahawa dia juga berada di dalam foto tersebut dan menyatakan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes kehilangan pesawat MH370.

Difahamkan, foto berkenaan diambil ketika mereka sedang berzumba pada tahun 2018 di sebuah studio di Damansara, Selangor.

image is not available

“Saya dalam gambar tu. Kami masih dekat Malaysia tak ada kena mengena dengan kes MH370. Tu gambar lama studio di Damansara bukan kat sana (Diego Garcia),” kata Rozscun.

Gambar tersebut boleh didapati di Pixabay

Malah berdasarkan semakan, kami mendapati gambr ini boleh dimuat turun secara percuma di laman stok foto, Pixabay.

Source: