Tular Gambar Zumba Kononnya Di Diego Garcia, Tuan Badan Muncul Mengaku Lokasi Sebenar Di Damansara

5 Sep 2022 • 1:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seorang wanita tampil menafikan dakwaan selepas tular gambar bersenam kononnya di sebuah pulau batu karang kecil di tengah-tengah Lautan Hindi yang dinamakan Diego Garcia.

Dalam satu ruangan komen, wanita dikenali sebagai Maiwati Azha berkata dia salah seorang dalam gambar dan ianya adalah tidak benar.

@rajanurraudhah apemende la dorang ek? Pg copy gmba netizen Malaysia pastu ltak dekat page Diego Garcia.. apa je motif dorang last2 tuan gmbar mengaku tu dy image is not available#fypdongggggggg #rjrcreative #mh370 #diegogarciamh370 ♬ original sound – rajanurraudhah

image is not available

Screenshot yang dimuatnaik semula di TikTok itu turut mendapat respon seorang pengguna. Menurutnya, gambar yang dimuat naik di akaun AFN Diego Garcia itu adalah gambar lama pada tahun 2018. Lokasi sebenar adalah di sebuah studio terletak di Damansara.

Malah, dia kini berada di Malaysia dan tiada kena mengena dengan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, netizen yang lain turut tertanya-tanya apakah motif gambar orang lain dimuat naik di laman tersebut.

Tak kurang juga yang menasihati orang ramai supaya tidak lagi membuat sebarang spekulasi tak berasas. Iyalah, tuan badan pun dah muncul kan?

Kredit: TikTok @rajanurraudhah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.