Netizen Kenenkan Dengan Aisar Khaled, Jennifer Coppen; "Biarkan Saya Jadi Janda Hot"

7 Jan 2025 • 11:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selepas kematian suami pada Julai tahun lalu, pelakon Jennifer Coppen mengakui dirinya tidak lagi berminat untuk berkahwin semula buat masa ini. 

Menurut laporan dari Wowkeren, Jennifer atau nama sebenarnya Jennifer Rochelle Coppen, 24, dia lebih memilih untuk menikmati kebebasan sebagai seorang ibu tunggal tanpa terikat dengan mana-mana hubungan istimewa. 

"Saya tidak mengatakan saya tidak akan berkahwin lagi sepanjang hidup saya. Siapa tahu apa yang akan berlaku? 

"Tapi buat masa sekarang, saya tidak mahu berkahwin atau berjanji temu. 

"Hormati saya yang masih dalam fasa berkabung. Tolong biarkan saya menjadi 'janda hot.' Terima kasih," katanya. 

Baru-baru ini, netizen Indonesia mula menjodohkan pelakon tersebut dengan pempengaruh Malaysia, Aisar Khaled, selepas hubungan mereka dilihat semakin akrab. 

Disebabkan keakraban mereka menjadi perhatian ramai, peminat memberikan sokongan sekiranya Jennifer dan Aisar menjalinkan hubungan istimewa, memandangkan Aisar dikatakan memiliki persamaan dengan arwah suaminya, Dali Wassink. 

Lebih menarik lagi, anak perempuan Jennifer serta ibu kepada mendiang Dali juga kelihatan seolah-olah menerima kehadiran Aisar dalam kehidupan mereka.

Untuk rekod, Jennifer dan Dali mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2023, namun perkahwinan mereka hanya bertahan seketika apabila Dali meninggal dunia pada 18 Julai 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Kamari Sky Wassink yang kini berusia setahun.

Sumber: mstar