Netizen Komen Video Baru Hafidz Roshdi, Balasan Tuan Badan Buat Ramai Tak Selesa?

EntertainmentLifestyle
6 Mar 2026 • 2:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Sekali lagi, pelakon Hafidz Roshdi menjadi perhatian netizen, namun kali ini bukan kerana lakonannya, tetapi ia kerana satu komen di TikTok yang dianggap sangat tidak sensitif dan keterlaluan.

Segalanya bermula apabila seorang pengguna TikTok meninggalkan komen di hantaran terbaru Hafidz, bertanya secara sinis sama ada gaya dalam video tersebut menyerupai situasi dia menumbuk bekas isterinya dahulu.

Walau bagaimanapun, Hafidz dilihat membalas komen tersebut dengan nada berseloroh yang dianggap ramai sebagai satu tindakan “kurang cerdik”.

image is not available

Tindakan Hafidz yang meletakkan emoji ketawa pada jawapan tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai. Rata-rata netizen menyifatkan dia seolah-olah tidak menyesali perbuatan lampaunya yang pernah terkait dengan kes mencederakan bekas isteri, Shuhada Shukri.

Komen tersebut dianggap sebagai satu penghinaan kepada mangsa keganasan rumah tangga dan menunjukkan sikap bongkak pelakon tersebut.

image is not available

Sedar bahawa kenyataan itu memakan diri dan mengundang gelombang kritikan yang tidak henti, semakan terbaru mendapati Hafidz Roshdi telah pun memadam komen balas tersebut.

Walau bagaimanapun, tindakan “delete” itu sudah terlambat kerana tangkap layar (screenshot) perbualan tersebut telah pun tular di pelbagai platform media sosial seperti Twitter (X) dan Instagram.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.