‘Netizen Kondem ART Sarawak’, Wanita Ini Pesan Jangan Pandang Rendah Kerja Jurutera Awam

21 Aug 2023 • 5:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ramai komplen mengenai ART di Sarawak, wanita ini bersuara beri pendapatnya

Netizen Kondem ART Sarawak, Wanita Ini Pesan Jangan Pandang Rendah Kerja Jurutera Awam. Satu hantaran dimuat naik oleh seorang individu yang meluahkan rasa ketidakpuashatiannya terhadap segelintir netizen ‘komplen’ mengenai Prototaip trem pintar Transit Aliran Automasi (ART) berkuasa hidrogen di Sarawak.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook itu, dia menyatakan bahawa pelbagai komen daripada netizen yang berbaur negatif, iaitu memandang rendah dengan kerja jurutera awam.

image is not available
Sumber: facebook

Pekerja jurutera awam memang betul-batul expert, tunggu dan lihat sahaja

“Ada pelbagai komen yang saya dengar dari netizen Sarawak bila ART Sarawak akan digunakan di jalan tertentu dalam Sarawak. Mereka terus nak kondem, macam diri pandai sangat.

“Jangan underestimate kerja civil engineering, mereka betul-betul expert, takda yang tak mustahil,” tulinya di laman Facebook miliknya.

“Sebagai orang yang mempunyai pendidikan civil engineering sebelum ni, saya mendalami graduan Aerospace Engineering, pastinya saya bangkang komen seperti itu.

Jurutera awam banyak ‘try and error’

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa kerja jurutera awam penuh dengan ‘try and error’ dalam kehidupan mereka, jadi dia menyarankan untuk tunggu dan lihat hasil ART tersebut.

image is not available
Sumber: borneopost

“Kalau yang dibuat negeri sendiri terus tak bagus, tapi kalau orang bukan dari negeri kita buat, terus dipuji. Hairan dengan perangai infiority complex ni,” tambahnya lagi yang kesal dengan komen netizen mengenai ART.

Ramai yang menyokong kenyataan individu tersebut

Manakala, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen setuju dengan kenyataan daripada wanita tersebut dan menyifatkan komen negatif netizen itu juga menjengkelkan.

Baca artikel yang berkaitan: