Netizen Korea Perlekeh KLCC, Rakyat Malaysia Bangkit Pertahankan Maruah Negara

13 Feb 2026 • 10:17 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Perkongsian seorang pengguna Threads mencetuskan perbincangan hangat apabila isu berkaitan mercu tanda negara, Menara Berkembar Petronas, diperkatakan oleh netizen luar negara.

Menerusi hantaran yang tular oleh @zhiddinaziz, beliau menyentuh tentang segelintir netizen Korea yang memperlekeh Malaysia dengan mendakwa menara ikonik itu dibina oleh syarikat dari negara mereka.

Namun menurutnya, dalam perbandingan tersebut, mereka sebenarnya “tewaskan diri sendiri”.

“Bila kita berbangga ada KLCC, netizen Korea perlekeh Malaysia menara itu dibina oleh syarikat dari negara mereka. Hakikatnya, dalam perbandingan tu, mereka tewaskan diri sendiri… sebab yang memberi tapak, yang membuka peluang, yang memberi kerja kepada mereka ialah Malaysia,” tulisnya.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada untungnya untuk mana-mana pihak bermusuhan dengan Malaysia. Malah, menurutnya, Malaysia sejak dahulu dikenali sebagai negara yang berkawan dengan banyak negara lain.

Netizen Bangkit Pertahankan Malaysia

Ruangan komen pula dibanjiri pelbagai reaksi. Ada yang tampil berkongsi fakta sejarah menarik.

“Dekat Korea Selatan ada jambatan Malaysia yang dibina pada tahun 1963 sebagai tanda penghargaan atas bantuan kewangan Malaysia pada Korea Selatan. Hebat Malaysia. Sikap suka menolong dari rakyat Malaysia memang tak dapat disangkal,” tulis seorang pengguna.

Selain itu, seorang netizen yang sama turut meninggalkan komen bernada sinis dan berseloroh berhubung dakwaan tersebut.

“Bodoh Korea ni… sejak bila bahasa kita dari France,” tulisnya secara sarkastik.

Dia kemudian menyambung gurauan dengan ayat yang mencuit hati:

“So esok aku pergi mamak, ‘bonjour aney oui, nasi lemak satu merci’,” katanya, mengundang reaksi geli hati dalam kalangan warganet lain.

Tidak kurang juga yang menyentuh isu bahasa.

“Abang kena cakap Korea… deme English pun tak faham,” tulis seorang netizen.

Membalas komen tersebut, pemilik akaun berkenaan berkata:

“Itulah guna English pun depa translate juga, baik guna bahasa Melayu. Biar depa translate dari bahasa kita.”

“Malaysia Itu Luas Samudera Dimaafnya”

Dalam masa sama, pemilik hantaran itu turut menitipkan ayat puitis yang menarik perhatian ramai:

“Malaysia itu luas samudera dimaafnya. Biar dicalit luka semalam, andai esok hadir memohon bantuan, tangan dihulur tanpa dendam.”

Perkongsian tersebut sekali lagi memperlihatkan bagaimana rakyat Malaysia cenderung mempertahankan maruah negara, namun dalam masa sama tetap mengekalkan sifat terbuka dan berlapang dada dalam berdepan perbezaan pandangan di media sosial. – The Malaysian Update

The post Netizen Korea Perlekeh KLCC, Rakyat Malaysia Bangkit Pertahankan Maruah Negara appeared first on The Malaysian Update.