Netizen kritik lagu ‘Justice for Zara’, seru teruskan doa buat arwah

LocalEntertainment
15 Aug 2025 • 3:47 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Lagu ‘Justice for Zara’ yang tular di TikTok sejak insiden tragis menimpa arwah Zara Qairina Mahathir kini menjadi perdebatan hangat apabila segelintir netizen mempersoalkan kesesuaian karya itu sebagai bentuk penghormatan.

Seorang pengguna platform X, meluahkan rasa kurang senang terhadap dedikasi lagu tersebut, sambil menegaskan bahawa doa lebih utama berbanding persembahan lagu.

“Sepatutnya kita melanjutkan doa buat arwah yang kita kasihi, bukanlah lagu. Itu lebih baik buat arwah dan buat kita semua yang masih hidup,” tulisnya.

Pandangan itu segera mendapat pelbagai reaksi, ada yang bersetuju, malah menuduh lagu tersebut berpotensi menjadi medan meraih populariti atas nama simpati.

“Tetap tak elok. Dah ramai penunggang ‘engagement’ di luar sana,” sokong pengguna X lain.

Sementara itu, netizen lain juga berpendapat bahawa terdapat pihak yang mengeksploitasi kes tersebut untuk meraih publisiti dan menyatakan bahawa emosi orang sedang dimanipulasi demi menghasilkan kandungan.

Difahamkan, lagu janaan kecerdasan buatan (AI) bertajuk ‘Justice for Zara’ itu telah digunakan lebih 5,000 kali di TikTok setakat ini, menggambarkan besarnya impak isu tersebut di alam maya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved