Netizen Malaysia, Indonesia ‘Berganding Bahu’ Kecam Rekaan Poster FAM

LocalFootball
27 Nov 2024 • 10:07 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Netizen Malaysia dan Indonesia ‘berganding bahu’ apabila kedua-dua negara itu bersama-sama kecam rekaan poster yang dihasilkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menerusi beberapa hantaran di laman rasmi X FAM, persatuan itu telah memuat naik beberapa poster berkenaan jadual perlawanan melibatkan Harimau Malaya dalam Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 yang akan bermula Disember nanti.

Netizen Malaysia dan Indonesia kecam poster FAM

image is not available

Poster tersebut kelihatan hambar yang mana ia hanya memaparkan latar belakang yang berwarna merah bersama beberapa garisan dan tidak dihiasi apa-apapun rekaan.

Wargamaya dari kedua-dua negara itu rata-rata mengecam rekaan grafik poster tersebut disamping ada yang menyamakan ia sebagai iklan untuk gerai yang menjual hidangan seperti pece lele dan nasi lemak.

Macam pamphlet jual makanan

image is not available

image is not available

Macam jual nasi lemak

image is not available

Tidak cukup juga yang berterus terang rekaan grafik poster tersebut sangat buruk dan tidak memaparkan bahawa ia pengumuman untuk perlawanan bola sepak.

Rekaan buruk!

image is not available

Perhati je poster ni, buruk amat ya

image is not available

Malahan, ada warganet yang mempersoal sama ada FAM tidak mempunyai pereka grafik yang profesional dan boleh menyediakan poster yang lebih menarik.

Poster Kedah lagi lawa walaupun gaji tertunggak

image is not available

Malaysia takde editor yang hebat ke?

image is not available

image is not available

Sementara itu, menerusi tinjauan ke laman rasmi X FAM, persatuan itu juga telah memuat naik beberapa poster lain termasuk perlawanan Malaysia menentang Indonesia dalam Piala Wanita AFF 2024.

Poster tersebut juga menerima kecaman hebat daripada wargamaya Malaysia dan Indonesia kerana rekaan grafiknya yang sangat tidak menyenangkan untuk dilihat.

image is not available

Poster perlawanan Piala Wanita AFF 2024 memaparkan beberapa pemain bola sepak wanita Malaysia dihiasi warna merah jambu di sekelilingnya.

Pada ruangan komen poster tersebut, rata-rata warga maya berkata rekaan poster tersebut kelihatan seperti dibuat pada tahun 90-an.

Ini rekaan budak sekolah menengah

image is not available

Ada pink2, boleh letak pelakon Brahim Pendek

image is not available

Design 1980 ni

image is not available

Betul, kita memang nak Malaysia dan Indonesia bersatu tapi bukan dengan cara ini…..

Sumber: X FAM_Malaysia