Netizen Mengucap Panjang Lihat Jemaah Indonesia Balik Haji - “Selamat Datang Princess Disney”

15 Jun 2025 • 4:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tular di media sosial sebuah rakaman video memaparkan sebilangan jemaah haji Indonesia pulang ke wilayah Pinrang, wilayah Sulawesi Selatan setelah selesai ibadah haji baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, jemaah yang terdiri daripada jemaah wanita memakai pelbagai jenis busana berwarna terang sejurus turun daripada bas yang membawa mereka. 

Difahamkan, ramai antara mereka mengenakan pakaian khas suku Bugis dan Makassar yang mempunyai warna terang.

Lebih menarik perhatain adalah pakaian-pakaian tersebut mempunyai hiasan manik berkilau, malah ada yang memakai barangan kemas sarat di badan.

Difahamkan lagi, budaya tersebut dianggap sebagai satu kebanggaan kerana individu tersebut sudah selesai menyempurnakan rukun Islam kelima.

Menjengah ke ruangan media sosial, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadao perkongsian tersebut. 
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved