Netizen ‘Terkelu’ Tengok Pempengaruh Berhabis Lebih RM41K Borong Abaya – “Belanja Duit Suami Untuk Beli Seratus Helai Lagi”

28 Jul 2025 • 2:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh media sosial yang cantik, pandai berfesyen dan berbelanja mewah sudah tentu akan selalu mencuri perhatian ramai warganet.

Seperti pempengaruh dari Kelantan ini yang mendapat perhatian baru-baru ini selepas dia berkongsi jumlah perbelanjaannya ketika membeli pakaiannya.

Menerusi TikTok, Eynanan atau Suhaina Adnan berkongsi pakej penghantaran yang diterima berisi jubah atau baya yang dibelinya.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah resit perbelanjaan pakaian dibelinya yang tertera jumlah harga sebanyak RM41, 775 untuk 125 helai abaya.

POV: Menggunakan duit suami untuk beli abaya seratus helai lagi.

Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan terkesima apabila mendapat tahun jumlah yang sanggup dibelanjakan Eynanan untuk membeli pakaian.

Tidak lupa juga yang menganggap wanita itu bertuah kerana dikurniakan rezeki mempunyai wang ringgit sebanyak itu untuk dibelanjakan.

image is not available image is not available image is not available
Difahamkan, pempengaruh yang turut terkenal dengan konten bersama adik beradiknya itu kini tidak menetap di Malaysia dan mengikuti suami yang bertugas di luar negara.

image is not available 2025-07-03 14:22:57

'Founder' Dari Kelantan Ini Curi Perhatian, Belikan Kereta BYD Untuk Pembantu Rumah - "Dia Terus Beli Je, Fuh Kaya Betul"