Netizen ‘Pecah Dada’ Tengok Harga Bib Anak Datin Intan Najuwa – “Macam Bajet Makan Aku Sebulan”

Family & ParentingLifestyle
15 Aug 2025 • 6:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Datin Intan Najuwa sekali lagi mencuri perhatian apabila memakaikan anaknya, Imane Lunara, sehelai tuala bib yang mencecah harga ratusan ringgit.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang wanita dikenali sebagai Soya_ysf memuat naik harga sehelai bib yang dilihat hampir mencecah RM250.

image is not available

Berminat betul dengan bib Lunara pakai. Tapi tengok harga, tidak mengapalah. Kita labur pada perkara lain sahaja.

Menurut Soya_ysf, pada mulanya dia tertarik dengan corak bib yang dipakai Lunara, namun terkejut sebaik mengetahui harganya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian warga Threads yang rata-ratanya turut memuji rekaan bib tersebut tetapi terkejut dengan harganya yang tinggi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengakui harga sehelai bib itu hampir menyamai bajet bulanan barangan dapur mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-15 18:34:20

“Kawan Panggil Dia Anak Yatim…” – Bella Astillah Luluh Hati Bila Ayden Adrean Dibuli Di Sekolah Agama