Netizen Perasan Perubahan Isteri Prince Syed Lepas Isu Kontroversi Keluarga, Makin Kurus!

LocalLifestyle
13 Feb 2026 • 9:23 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penampilan terkini isteri kepada usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed, iaitu Fatin Syazwani Ishak menarik perhatian ramai apabila dilihat semakin kurus dan langsing dalam video terbaru yang dimuat naik di TikTok.

Fatin makin kurus dan langsing

image is not available
Screenshot

Menerusi video hampir 10 minit yang merakam momen percutian keluarga ini di Cameron Highlands, Fatin tampil bersahaja mengenakan baju ungu cerah dan seluar jeans putih. Rata-rata netizen memuji penampilannya yang dikatakan jauh berbeza berbanding sebelum ini.

@prince.syed.shahid

Jalan jalan cameron highland tanpa perancangan , tiba2 jer sampai bawa anak2 bagi mereka happy

♬ original sound – Suami syed Isteri fatin – Suami syed Isteri fatin

Sebelum ini, pasangan ini pernah dikaitkan dengan isu panas apabila keluarga Fatin mendakwa mereka tidak dibenarkan menjenguk anak perempuan mereka yang dikatakan sedang sakit.

Lebih mengejutkan, ibunya turut mendakwa Fatin diminta menjalani pembedahan bariatrik semata-mata untuk tujuan menjual produk pelangsing badan. Dakwaan tersebut sempat menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Pssttt! Kalau betul Fatin lebih sihat dan bahagia sekarang, kita tumpang gembira.

Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Netizen Perasan Perubahan Isteri Prince Syed Lepas Isu Kontroversi Keluarga, Makin Kurus! appeared first on Oh! Media.
View Original Article