Semakin Cantik, Penampilan Kurus Isteri Prince Syed Curi Perhatian Ramai – “Subhanallah ‘Perfect’ Sangat”

12 Feb 2026 • 3:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Hantaran usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed, sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila ramai menyedari perubahan ketara pada bentuk tubuh isterinya, Fatin Syazwani Ishak.

Menerusi perkongsian di TikTok, Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 34, dilihat merakam momen bersama isteri dan anak-anak ketika bercuti di Cameron Highlands, Pahang.

Advertisement

Dalam video berdurasi hampir 10 minit itu, Fatin tampil mengenakan baju berwarna ungu cerah dipadankan dengan seluar jeans putih, sekali gus menjadi tumpuan netizen yang memuji penampilannya yang dilihat semakin langsing.

“Jalan-jalan Cameron Highlands tanpa perancangan, tiba-tiba saja sampai. Bawa anak-anak bagi mereka gembira.”

Bagaimanapun, di sebalik pujian yang diterima, pasangan tersebut sebelum ini turut dikaitkan dengan beberapa dakwaan melibatkan keluarga Fatin.

image is not available

Terdahulu, ibu bapa Fatin mendakwa Prince Syed tidak membenarkan mereka menjenguk anaknya yang dikhabarkan sedang sakit.

Malah, ibu Fatin juga mendakwa anaknya diminta menjalani pembedahan bariatrik bagi tujuan menjual produk melangsingkan badan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-12 11:25:27

Putera Mateen Dan Anisha Rosnah Kongsi Potret Anak Perempuan, Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah Kepada Umum

The post Semakin Cantik, Penampilan Kurus Isteri Prince Syed Curi Perhatian Ramai – “Subhanallah ‘Perfect’ Sangat” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.