“Nervous tu” – Ira Kazar Nyanyi Live ‘Jangan Kau Mimpi’ Curi Tumpuan Netizen

Entertainment
29 Oct 2024 • 6:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pempengaruh Ira Kazar buat satu kemunculan khas dengan menyerlahkan bakatnya dalam bidang nyanyian, menerusi satu hantaran Instagram Astro Gempak yang menunjukkan dia menyanyikan lagu hit Jangan Kau Mimpi nyanyian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.

Dia yang memakai serba hitam dilihat begitu rancak menyanyi sampai menari dengan penuh ceria dan yakin. Sudah semestinya ia telah mencuri tumpuan netizen.

Sebelum ini, bekas kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof ini ada menyatakan yang dia kini dapat banyak tawaran menyanyi dan mungkin akan keluar single.

Jadi, bila diIihat video ini, ia mungkin ia satu kemunculan awal anak kepada pelakon Kazar Saisi ini mula menonjolkan diri dalam bidang nyanyian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Menjengah ke ruangan komen, ia mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyifatkan mungkin Ira gementar kerana jelas kedengaran suara yang agak bergetar. Dalam pada itu, ada juga yang memuji suaranya ini.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Tak sangka Ira Kazar boleh menyanyi rupanya.

Sumber : Instagram

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.