Netizen Samakan Kepulangan Jemaah Haji Dari Indonesia Dengan Pertunjukan Fesyen – “Meriahnya”

Entertainment
27 Jun 2024 • 5:23 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Jemaah Haji Indonesia Pertunjukan Fesyen

Tular di media sosial satu video memaparkan ketibaan jemaah haji dari Indonesia yang membuat kepulangan mereka dari menjalankan ibadah itu seperti pertunjukan fesyen.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, @ahmadfatwatjatier telah memuat naik video memaparkan jemaah haji dari Indonesia yang sedang turun dari kapal terbang.

Kepulangan jemaah haji dari Indonesia disamakan dengan pertunjukan fesyen

Namun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila para jemaah haji terutama jemaah wanita kelihatan berpakaian seperti sedang berada di pertunjukkan fesyen.

Rata-rata jemaah haji wanita menggenakan busana berwarna terang disamping turut dipenuhi dengan labuci sehingga mereka kelihatan bergemerlapan.

image is not available

Tidak cukup dengan itu, ada juga beberapa jemaah yang membuat lambaian tangan kepada semua orang di lapangan terbang yang menyambut mereka.

Malahan, ada juga jemaah yang berhenti di tengah jalan dan meletakkan semua barangannya di tepi untuk membuat lambaian kepada kamera.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon negatif terhadap tindakan para jemaah dari Indonesia itu.

Macam baru balik met gala

image is not available

Memang bawa baju dari rumah ke?

image is not available

Meriah, macam fashion show

image is not available

Baru balik fashion show ke?

image is not available

Sementara itu, ada juga warganet yang meninggalkan komen menjelaskan itu merupakan adat mereka terutama bagi kaum Bugis dari Indonesia.

Ni pakaian turun temurun moyang yang naik haji

image is not available

Parah, adat diutamakan berbanding agama

image is not available

Mereka anggap perayaan haji lebih meriah sebab setahun sekali

image is not available

Dalam pada itu, warga maya daripada Malaysia turut meninggalkan komen meluahkan kesyukuran kerana jemaah dari negara itu tidak berlebihan seperti jemaah Indonesia.

Alhamdulillah, jemaah haji Malaysia tertutup rapi

image is not available

Syukur, jemaah Malaysia tak berlebihan

image is not available

Tak tahu nak cakap apa, katanya adat tapi sepatutnya agama didahulukan….

Sumber: TikTok @ahmadfatwatjatier