Netizen Sebak Lihat Pengorbanan Pasukan STORM Dalam Misi SAR Jaslinda

28 May 2026 • 9:04 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Netizen Sebak Lihat Pengorbanan Pasukan STORM Dalam Misi SAR Jaslinda

Netizen Sebak Lihat Pengorbanan Pasukan STORM Dalam Misi SAR Jaslinda

Di saat kita semua sedang lena diulit mimpi di bawah selimut yang empuk, ada insan-insan hebat yang sedang bertarung nyawa di tengah kepekatan malam.

Tular baru-baru ini, perkongsian mengenai kecekalan Pasukan STORM Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak yang benar-benar menyentuh hati.

Dalam perkongsian Facebook Bomba Perak Official, memaparkan beberapa gambar anggota STORM yang beristirehat di tengah hutan pada malam hari.

Misi SAR Jaslinda

Kesemua mereka mempunyai satu misi, iaitu mencari dan menyelamat pendaki wanita,  Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu putih sejak 24 Mei lalu.

Bayangkan, di sebalik kedinginan malam yang mencengkam tulang, mereka terpaksa meredah gelap hutan dan laluan berbatu yang tajam demi satu misi menyelamat.

Setiap detik yang berlalu, jam, minit mahupun saat adalah taruhan yang sangat berharga demi memastikan mangsa pulang dengan selamat.

Namun, di sebalik kegigihan mencari, ada raga yang perlu bertahan dan ada hati keluarga yang perlu dijaga kekuatannya.

"Mereka bukan sekadar mendaki..."

Image from: Netizen Sebak Lihat Pengorbanan Pasukan STORM Dalam Misi SAR Jaslinda

Apa yang membuatkan ramai netizen sebak adalah semangat berpasukan dan ketahanan fizikal mereka yang luar biasa.

Walau penat dan lelah sudah tidak terlukis di wajah, mereka tetap gagah. Bagi mereka, tiada istilah putus asa dalam operasi SAR di kawasan berisiko tinggi.

Sebenarnya, mereka bukan hanya membawa beg peralatan, tetapi mereka sedang menggalas harapan sebuah keluarga yang sedang menanti kepulangan insan tersayang dengan penuh debar.

Rata-rata netizen mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan sentiasa dalam lindungan-Nya.

Antara komen netizen;

"Sedihnya. Sementara ahli keluarga menunggu kepulangan bomba di rumah untuk beraya. Semoga besar ganjarannya di akhirat kelak," komen seorang pengguna.

"Kesiannya ..sungguh pun itu tugasan mereka. Semoga dilindungi oleh Allah swt dalam operasi SAR," komen seorang lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved