Anggota STORM Kongsi Detik Penemuan Jasad Nur Izzati Humaira – “Suasana Bertukar Jadi Sebak…”

Local
28 May 2026 • 2:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa berkongsi detik ketika jasad Nur Izzati Humaira ditemukan selepas beberapa hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan di Bukit Changkat Asa baru-baru ini.

Kata Fakhrul, 44, pada minit terakhir operasi mencari dan menyelamat (SAR) kelmarin, anggota Pasukan Khas, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) seolah-olah dipanggil supaya mencari di kawasan itu dan ia membawa kepada penemuan jasad mangsa.

Advertisement

Suasana jadi sebak sebaik kami menemui jasad Nur Izzati Humaira Azizul. Ada anggota yang melaungkan azan, ada yang melafazkan kalimah syahadah.

@loefakhrul

Anggota penyelamat berpecah sebelum temui jasad

Ujar Fakhrul, pasukannya seramai lima orang dengan dia selaku penyelia digerakkan ke lokasi untuk membantu SAR remaja berkenaan sejak Isnin lalu.

Pada hari terakhir operasi, pasukan penyelamat diarahkan berpecah dari laluan denai sebelum mereka memasuki kawasan semak berhampiran lokasi mangsa ditemukan.

Kami mencari di kawasan yang kurang kesan jejak kaki dan memberi tumpuan di sekitar kawasan berhampiran denai asal sebelum menemui arwah pada 11.58 pagi.

Allahyarham Nur Izzati Humaira

Suasana bertukar sayu

Katanya, sebaik sahaja melihat keadaan mangsa dia akui sudah dapat menjangkakan remaja perempuan itu sudah meninggal dunia dan suasana di lokasi ketika bertukar sayu.

Semua yang terlibat dalam operasi ini terkesan kerana kami sangat berharap mangsa dapat ditemukan dalam keadaan selamat.

Kongsi Fakhrul lagi, jasad mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dan auratnya terjaga. Meksipun tidak pernah mengenali mangsa namun dia akui berasa sebak apabila jasadnya ditemui.

jenazah nur izzati selamat dikebumikan

Jenazah Nur Izzati Humaira selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara jam 3.05 pagi semalam, selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor pada 12.19 tengah malam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Anggota STORM Kongsi Detik Penemuan Jasad Nur Izzati Humaira – “Suasana Bertukar Jadi Sebak…”2026-05-26 14:30:15

Tragedi Bukit Changkat Asa : Nur Izzati Ditemui 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Hilang

The post Anggota STORM Kongsi Detik Penemuan Jasad Nur Izzati Humaira – “Suasana Bertukar Jadi Sebak…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article