Netizen sebak Shuib kongsi video dengan Siti Sarah – “Sampai harini nangis bila tengok arwah”

Entertainment
18 Jun 2024 • 11:19 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Shuib kongsi video dengan Siti Sarah

Netizen luah rasa sebak selepas pelawak terkenal Shuib kongsi video dengan Siti Sarah penyanyi Siti Sarah ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.

Menerusi satu hantaran di TikTok, pelawak berusia 40 tahun itu berkongsi momen ketika dia dan penyanyi Siti Sarah bersama-sama menjejakkan kaki di Tanah Suci.

Shuib kongsi video dengan Siti Sarah ketika tunai umrah

Dalam pada itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahrima Muhammad turut menulis kapsyen mengucapkan Salam Aidil Adha buat Allahyarham isterinya.

“Salam Aidil Adha, Siti Sarah Binti Raisuddin. Al-Fatihah” katanya pada ruangan kapsyen berserta tanda pagar, #cinta.

image is not available

Foto: Astro Awani

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa sebak disamping meluahkan rasa rindu terhadap kehilangan Allahyarham Siti Sarah.

Mak mimpi jumpa Siti Sarah, sekarang mak dah takde

image is not available

image is not available

Sampai hari ini nangis

image is not available

Kematian yang dicemburui

image is not available

Pada masa yang sama, warganet turut meninggalkan komen menitipkan doa dan membacakan al-Fatihah kepada penyanyi lagu Kesetiaan itu.

Al-Fatihah untuk Siti Sarah

image is not available

Ramai yang sayang dengan Siti Sarah

image is not available

Walaupun kenal sebagai artis je, tapi tetap rindu

image is not available

Tersentuh tiap kali dengar lagu arwah

image is not available

Terdahulu, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayas Affan, masing-masing berusia 12, 11, 7 dan 3 tahun.

Netizen sebak Shuib kongsi video dengan Siti Sarah

image is not available

Foto: Kosmo Digital

Bagaimanapun, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika hamil dengan anak bongsu mereka, Ayash Affan.

Selepas dua tahun bersendirian bersama anak-anaknya, Shuib kemudian mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023 namun buat masa sekarang pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber: TikTok @shuibsepahtu