Pasangan selebriti terkenal, Fattah Amin dan Amira Othman menuai perhatian warganet semasa bercuti ke luar negara untuk berbulan madu selepas melangsungkan pernikahannya.
Jaga solat di luar negara

Menerusi hantaran di TikTok, memaparkan Amira sedang menunaikan solat di sebuah premis makanan ketika berada di Switzerland.
@radenswissk @Fattah Amin @Amira Othman Fattah Amin Amira Othman Cinta sampi ke Syurga In shaa Allah Amenn Pengajaran utk kita yg Travel walau kt mna pun berada tiada alasan untuk tinggalkan solat…Thnks FA dan AO f#fattahamiras#selamatpengantinbarus#swissmanAndTravelaswissTeam#swissman
♬ For the Rest of My Life - Maher Zain
Dalam perkongsian sama, Fattah juga dilihat sedang duduk di atas kerusi memakai kasut dan dipercayai baru sahaja selesai menunaikan fardhu wajib tersebut.
“Pengajaran untuk kita yang melancong, walau di mana pun berada tiada alasan untuk tinggalkan solat. Cinta sampai ke syurga, Insya-Allah,” tulis individu yang dipercayai sebagai ejen pelancongan.

Perkongsian itu telah menuai perhatian ramai peminat dan rata-rata kagum melihat pasangan selebriti itu yang melebihkan tuntutan agama berbanding dunia.
Tak pegang tangan jaga wudhu

Tenang je hati

Hubungan Allah wajib jaga

Untuk rekod, Fattah sah bergelar suami kepada Amira selepas diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Golden Palm Tree Malaysia, Sepang, Selangor pada malam Ahad.
Pasangan itu dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dengan disaksikan bapa pengantin perempuan.
Sumber: TikTok radenswissk


