“Isteri Syurga Masak” – Lepas Mi Segera, Fattah Amin Tunjuk Amira Othman Masak Telur Ikan Bilis Pula!

EntertainmentFood
22 Sep 2025 • 1:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia amira Masak

Baru-baru ini, tular di media sosial gelagat pelakon popular, Fattah Amin mengusik isterinya, Amira Othman ketika memasak.

Difahamkan, Amira dan Fattah ketika itu berada di luar negara untuk berbulan madu. Jadi masakan pun simple je.

“Saya ni masak benda senang je” – Amira Othman segan kena rakam

Dalam video yang diambil dari sesi live itu, dapat dilihat Fattah merakam Amira memasak menu telur mata bersama ikan bilis yang ditumis dengan bawang.

@starlitnamgyu

Isteri syurga, B, Sayang, Yang, Abang, mcm² ek panggilan rancangan memasak dari Swiss bersama Amira Othman #setulustakdirfattahamira #fattahamin #amiraothman #fypシ #fyp ;

♬ original sound – Starry Namgyu – Starry Namgyu

Fattah memuji kepakaran memasak isterinya sehingga Amira naik segan! Jelas Amira, menu itu terlalu ringkas dan semua orang boleh masak.

Terdahulu, Fattah berkongsi kepakaran Amira dalam memasak mi segera. Menurut pelakon ini, mi segera Amira bukan biasa-biasa kerana terdapat pelbagai lauk-pauk.

Pssttt! Seronok tengok pasangan artis yang bukan sahaja terkenal, tapi tetap menunjukkan sisi mesra dan sederhana dalam kehidupan harian mereka. Semoga kemanisan ini berkekalan buat Fattah dan Amira.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.

View Original Article