Netizen Seram Tengok Kaki Wanita Ini, Taksub Nak Kulit Putih Akibatnya…

Entertainment
22 Sep 2023 • 6:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Keinginan berkulit cerah sentiasa menjadi kegilaan bagi sesetengah wanita sejak dulu lagi. Ada yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk kelihatan cerah kerana mereka berpendapat orang yang berkulit seperti ini nampak menarik.

Kebanyakan produk viral pada masa ini lebih fokus memutihkan kulit sehingga ada produk yang dicampurkan bahan merkuri demi perubahan drastik pada kulit pemakai.

Semalam viral di platform X, seorang pengguna telah berkongsi satu video pendek yang diambil dari TikTok. Video itu memaparkan seorang wanita membalas komen salah seorang pengguna TikTok yang lain dengan mempromosi produk serum yang dijualnya.

Apa yang ‘seram’ dalam video ini adalah wanita tersebut menunjukkan menunjukkan keadaan kakinya yang sangat putih sehingga menampakkan urat hijau dan ungu. Wanita itu berkata, bahagian gelap di badannya semakin berkurang selepas dia menggunakan serum ini.

Serum yang kerap dipakai itu dikatakan mampu mencerahkan kulit termasuklah di celah-celah badan yang gelap seperti buku lali, pelipat jari dan celah siku. Selain itu, wanita tersebut juga ‘merayu’ orang lain yang menghadapi masalah tersebut untuk mencuba produk ini.

Seramnya….

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Kebanyakan daripada mereka takut dengan perubahan warna kulit yang terlalu putih ini sampai boleh nampak urat berwarna ungu dan hijau!

image is not available

image is not available

Ada segelintir yang berkata produk tersebut mempunyai ‘racun’ sampai boleh menghakis kulit sehingga nipis.

image is not available

Seram jugak tengok kaki sampai macam tu!

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.