Netizen Sindir Atikah Suhaime Macam ‘Bibik’, Kahwin Orang Kaya Tapi Kena Masak

EntertainmentFood
11 Oct 2025 • 9:53 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia atikah Suhaime

Pelakon Atikah Suhaime baru-baru ini menarik perhatian netizen selepas ada individu meninggalkan komen menyindirnya kerana sering berkongsi video memasak untuk keluarga di rumah.

Individu berkenaan mempersoalkan Atikah yang dilayani seperti bibik walaupun berkahwin dengan orang kaya.

Namun, Atikah tidak berdiam diri. Dengan nada tenang tapi pedas, beliau bertanya semula, adakah cef di restoran dipanggil bibik hanya kerana memasak untuk pelanggan.

“Kahwin orang kaya tapi kena masak pula”

image is not available

Balasan itu terus mencuri perhatian ramai dan dihujani ribuan tanda suka kerana dianggap sinis tapi penuh makna.

image is not available

Di ruangan komen lain, netizen mempertahankan Atikah menyatakan seorang isteri pasti mahu memberikan yang terbaik untuk keluarganya.

Tiada istilah bibik ke pembantu rumah ke kalau buat dengan penuh kasih dan sayang kan?

Pssttt! Kadang-kadang orang mudah salah tafsir bila nampak wanita kaya turun dapur, padahal itulah bukti keikhlasan dalam rumah tangga. Respon Atikah memang padu, cukup sopan tapi kena tepat pada tempatnya!

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.