Netizen tegur penampilan adik Bella Astillah -“Kenapa pakai baju tak cukup kain?”

Women's Fashion
14 Jul 2023 • 12:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tidak dapat dinafikan, ramai yang mengenai adik-beradik selebriti jelita iaitu Bella Astillah dan Didi Astillah yang sentiasa mencuri tumpuan ramai gara-gara keakraban mereka.

Baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Bella di laman Instagramnya, dia berkongsi video ketika berjalan-jalan di sebuah ‘shopping mall’ bersama adiknya itu.

Bagaimanapun, ada individu bertindak menegur penampilan Didi Astillah yang agak mencolok mata sehingga menampakkan bahagian pusat dan baju yang agak kecil.

Bukan itu sahaja, ada yang meluahkan persoalan mengapa adik Bella memakai pakaian tidak cukup kain yang tidak sesuai dengan usianya.

image is not available
image is not available

Bella, Didi cantik betul lah

Bagaimanapun, disebalik kritikan dan teguran yang dilemparkan, ramai yang memuji kecantikan yang dimiliki oleh kedua-dua beradik tersebut malah, netizen menganggap Bella sebagai anak dara meskipun sudah mempunyai zuriat.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: Instagram @Bella Astillah